• Mahasiswa dan Pelaburan

    March 02, 2010 No comments

    Ramai antara mahasiswa yang menginginkan wang dengan cara yang cepat. Alasannya tiada masa untuk menjana wang sendiri disebabkan sibuk dengan pelajaran. Dan tidak lupa juga mereka ingin wang kerana ingin menandingi rakan mereka yang kaya di kampus dan untuk berseronok dengan rakan-rakan.

    Dengan sebab-sebab itu mereka lebih rela memilih cara senang iaitu memasuki pelaburan yang menjanjikan pulangan wang dengan kadar yang banyak dan cepat. Tetapi betulkah semua itu?

    Kebanyakan mereka yang memasuki skim pelaburan ini tidak memikirkan kepada soalan itu tetapi fokus mereka lebih kepada wang akan datang cepat dan banyak.

    I warn you guys, there is no such things!

    Ok, cuba kita fikir dengan rasional. Siapa yang senang-senangnya hendak bagi wang kepada kita dengan begitu sahaja. Sedangkan emak ayah kita sendiri fikir banyak kali untuk bagi wang kepada kita (tapi akhir sekali mereka akan bagi juga, itupun di sebabkan kita dah menyakinkan dia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh atau kita berjanji untuk tinggalkan sikap buruk kita.)

    Di sini pun kita boleh nampak yang emak ayah kita sendiri ingin lihat kita berusaha dalam mendapatkan sesuatu iaitu wang atau kejayaan.

    Jadi berbalik kepada tegasan di atas. Cuba fikir inikan pula orang yang tidak ada kena mengena dengan kita, percayalah mereka tidak akan sewenang-wenangnya keluarkan duit dari poket atau bank sekadar untuk memberinya kepada kita, melainkan kalau kita berusaha.

    Tetapi ingin kami tegaskan di sini, mahasiswa jangan takut untuk melabur kerana pelaburan yang betul akan menguntungkan mahasisiwa itu sendiri. Sekali lagi, pelaburan yang betul! Pe..la..bu..ran yang betul!

    Mari kita lihat situasi ini:

    Pelajar yang baru memasuki universiti dan tempoh pengajian mereka ialah selama 3 atau 4 tahun. Dan cuba kalian semua bayangkan jikalau pelajar tersebut memasuki pelaburan yang betul. Pelaburan tersebut menjanjikan 10% setahun dan pelajar tersebut melabur dengan jumlah RM1000. Jumlah selepas pelajar tersebut graduate ialah RM1400. RM400 keuntungan pelajar tersebut dapat. Itu untuk pelaburan yang sedikit, kalau bermula dengan RM5000? 4 tahun dah RM7000, keuntungan RM2000!

    Daripada kita semua berbelanja sesuka hati dengan pinjaman atau biasiswa yang kalian semua dapat. Kenapa tidak kita semua melabur seperti menyimpannya ke dalam bank. Tahun ke-4 duit yang bermula RM3000, akan bertambah walaupun sedikit.

    Ini tidak, duit yang kita semua dapat, kita beli handphone baru, beli laptop baru. Tidak kurang juga yang beli kereta dengan membuat bayaran muka serendahnya dan membayar bulan-bulan kereta tersebut.

    Renungkan

    Contoh yang baru dapat, ada seorang pelajar ini, dia mendapat bantuan belajar sebanyak RM1000 untuk di gunakan selama 4 bulan pengajiannya di sebuah institusi di tanah air. Malangnya mengunakan akalnya yang ‘bijak’. Dia mengeluarkan kesemua duit yang dia dapat dengan tujuan membeli handphone baru kepada kekasih hatinya.

    Dan disebabkan perbuatan di atas, dia terpaksa mengikat perut untuk makan kerana tidak mempunyai wang. Dia terpaksa makan dengan berpada-pada di sebabkan tindakan nya itu.

    Kesimpulannya

    Sepatutnya kita semua yang dipanggil mahasiswa ini, boleh berfikir mana yang perlu belanja dan mana yang tidak perlu bebrbelanja. Mana pelaburan yang betul dan mana pelaburan yang tipu. Jangan fikir pendek, fikir dari semua sudut. Fikiran yang pendek hanya fikiran kita di sekolah rendah dulu. Sekarang kita berada di tempat yang dipanggil taman ilmu iaitu universiti, jadi permikiran kita harus selari dengan tema taman ilmu itu sendiri.

    Tips pelaburan yang betul


    1. Siasat latar belakang syarikat

    Kita semua boleh berbuat demikian melalui permintaan untuk melihat profil syarikat berkenaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Siasat,  wujud atau tidak syarikat tersebut? Bila syarikat tersebut ditubuhkan? Perniagaan apakah yang di jalankan oleh syarikat tersebut? Adakah syarikat tersebut diberi lesen untuk mengumpul wang dari orang ramai untuk tujuan pelaburan?

    Dan banyak lagi.

    Untuk sesetengah syarikat yang kita ingin lihat profilnya kita akan dicaj sebanyak RM15 sebagai caj perkhidmatan oleh SSM. Berbaloi kita berbelanja RM15 untuk mengelakkan kita rugi RM15 000 selepas melabur tanpa mengetahui apa jenis syarikat itu. Selepas berpuas hati dengan maklumat dari SSM kita semua bolehlah membuat keputusan sama ada ingin melabur atau tidak.

    2. Pastikan duit lebihan untuk melabur.

    Pastikan kita semua melabur dengan mengunakan duit lebihan, seperti duit lebihan setelah membayar yuran pengajian. Jangan sesekali menggunakan duit asas kita semua seperti duit untuk makan, minum dan tambang perjalanan pulang ke kampung.

    3. Jangan melabur dengan keadaan emosi

    Jangan melabur dalam keadaan tekanan, sedih dan sebagainya kerana ini akan memberi kesan keputusan anda. Contoh, tekanan akibat hutang terlalu banyak dan kerana ingin jalan cepat mmbayar hutang, anda mengeluarkan kesemua simpanan anda dan melabur dengan harapan dengan jumlah selepas pelaburan itu anda akan dapat membayar hutang kelima-lima orang yang anda berhutang (pemiutang) daripada dapat membayar kepada seorang sahaja.

    4. Elakkan melabur dengan keadaan tergesa-gesa

    Jangan terpengaruh dengan pelaburan yang ada due date seperti, “Jikalau anda lambat masuk pelaburan ni anda akan dapat 6% sahaja, dan jikalau anda melabur hari ini anda akan dapat 15%.”

    Pelaburan yang betul tidak kisah bila anda akan melabur asalkan anda telah mengira dan mengkaji risiko melabur pada waktu tersebut.

    5. Elakkan pelaburan yang too good to be truth

    Elakkan pelaburan yang terlalu bagus. Sekejap keuntungan RM1000 sebulan tetapi kemudian naik kepada RM4000 sebulan. Keuntungan sebegini biasanya hanya bertujuan untuk menarik lagi ramai pelabur dan kemudian lesap dengan duit yang banyak. Ada yang betul mengenai pelaburan sebegini dan anda bernasib baik kalau anda salah seorang darinya, tetapi dengan proses menyemak dan menyiasat terlebih dahulu syarikat tersebut.

    Sekian dari kami. Fikir dahulu sebelum anda stres berfikir apa yang dahulu anda tidak patut buat.

    * Gambar ihsan daripada Rauf UIAM.

  • Leave a comment

Untaian Kata

“You need time to learn. You need time to make mistakes. You need time to learn from mistake. You need time to rebound back. You need time to grow.” -Pakdi.Net-

Kalendar

September 2010
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930