-
Mahasiswa dan Pelaburan
March 02, 2010 No comments
Ramai antara mahasiswa yang menginginkan wang dengan cara yang cepat. Alasannya tiada masa untuk menjana wang sendiri disebabkan sibuk dengan pelajaran. Dan tidak lupa juga mereka ingin wang kerana ingin menandingi rakan mereka yang kaya di kampus dan untuk berseronok dengan rakan-rakan.Dengan sebab-sebab itu mereka lebih rela memilih cara senang iaitu memasuki pelaburan yang menjanjikan pulangan wang dengan kadar yang banyak dan cepat. Tetapi betulkah semua itu? Read more
Posted by syafiq in Bisnes dan Kewangan, Headlines
-
Siswa Nikah Koboi
February 24, 2010 13 commentsKUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’. Read more
-
USM tubuh kampus di India
February 22, 2010 No commentsBagi sesebuah universiti atau kolej, memiliki rangkaian cawangan adalah perkara biasa bagi menampung kemasukan pelajar. Cawangan kampus biasanya dibina di negeri-negeri yang berlainan di seluruh negara.
Namun, Universiti Sains Malaysia (USM) melakar satu lagi sejarah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang pertama merintis penubuhan kampus cawangan di luar negara.
Kampus di Universiti Perubatan Jawaharlal Nehru di Belgaum, India itu buat permulaan akan menampung kira-kira 100 penuntut perubatan dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian di universiti itu Julai ini. Read more
Posted by Mohd Fasha in Headlines
-
Biasiswa Republik Trinidad dan Tobago
February 22, 2010 No commentsKerajaan Republik Trinidad dan Tobago menawarkan biasiswa sebagai sebahagian daripada rancangan Commenwealth Scholarship and Fellowship Plan. Biasiswa yang ditawarkan di bawah rancangan ini ditujukan untuk lelaki dan wanita daripada yang mampu untuk memberi sumbangan untuk negara mereka sendiri kelak sekembalinya dari pengajian di luar negeri.
Trinidad dan Tobago Commenwealth Program memberi kesempatan kepada pelajar dari negara-negara komenwel lain, untuk mengikuti program-program lanjutan di Universiti Indies, St Augustine, Trinidad (U.W.I) dan University of Trinidad dan Tobago (UTT).
Kelayakan Read morePosted by Mohd Fasha in Biasiswa
-
Biasiswa Intel
February 20, 2010 No commentsIntel Penang Design Center (PDC), yang ditubuhkan pada tahun 1992, adalah salah satu pusat Intel Design and Development yang terbesar dan termaju di kawasan Asia Pasifik. Intel PDC menghasilkan Intel ® Core ™ 2 processors, Intel ® Atom ™ prosesor, dan chipset Advanced IA Platform.
Intel PDC meluluskan biasiswa ‘research & development’ pada setiap tahun kepada pelajar yang berprestasi dari universiti tempatan di seluruh negara.
Kelayakan
Untuk melayakkan permohonan Biasiswa Intel Penang Design Center, pemohon harus:



